Tuesday, January 19, 2010

Sesi persekolahan penggal pertama bermula

Bermulanya sesi persekolahan penggal pertama merakamkan bermacam berita buat warga SK Togudon. Empat orang guru berpindah; iaitu cikgu Gilbert ke SK Babagon, Cikgu Boni ke SK Buayan dan cikgu Aileen ke SK ST Paul. Manakala cikgu Julianus akan kekal sebagai pegawai di PPD Penampang.
Hari pertama persekolahan dirasmikan dengan kehadiran Ketua Jemaah Nazir Sabah, Pn. Mistirine Radin. Cikgu Lazarus sebagai Guru Besar SK Togudon tidak ketinggalan memulakan hari pertama beliau bekerja pada tahun ini meskipun belum sembuh sepenuhnya. Syabas kepada semua warga SK. Togudon!
Sekolah kini sedang sibuk menyiapkan murid ke sukan MSSR Zon 5 yang akan berlangsung tidak lama lagi, begitu juga dengan murid Tahun 1 yang akan memulakan bab baru sebagai murid SK Togudon.
Kembali bertugas selepas cuti bersalin ialah cikgu Jane, yang telah lama dirindui senyumannya d bukit Togudon ini.